Bacalah — Renungilah — Kemudian Terus Beramal
(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang
betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar
Islam).
(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.
(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan
Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti
melainkan bersungguh - sungguh dalam setiap perkara.
(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang
boleh memberi kebajikan.
(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang
saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan
berkenal-kenalan.
(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita;
oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak
mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas
sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan